Wednesday 29 August 2012

Kebebasan Bersuara 2x5


1. Saya dipelawa seorang rakan untuk menziarahi seorang Ustaz yang agak terkenal di Gombak. Ustaz ini orang kuat PAS di sana dan dikatakan seangkatan dengan Ustaz Nasrudin Tantawi dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam mentarbiah ahli PAS khususnya ahli-ahli muda.

2. Sepanjang perbualan kami, beliau merungut dengan JAWI yang menahan beliau kerana disyaki mengadakan kuliah agama berunsur politik di masjid. Katanya, orang-orang JAWI diperbodohkan oleh BN bagi menghalang pengembangan kempen PAS di masjid.

3. Katanya lagi, tidak ada yang salah dengan apa yang diperkatakan dalam kuliah itu, semuanya adalah benar dan beliau yakin BN tergugat dengan apa yang diperkatakan. Kerana itulah BN mengarahkan pegawai JAWI untuk menahannya.

4. BN berusaha untuk menghentikan elemen-elemen yang boleh menggugat kekuatan mereka terutamanya kempen politik bertopengkan kuliah agama. Maklum tahu, apabila Ustaz-Ustaz PAS berceramah pasti akan terkeluar perkataan membenci kerajaan dan BN berusaha menghalangnya. Itulah yang mereka katakan menyekat hak kebebasan bersuara.

5. Ustaz Mohd Kazim Elias (seorang penceramah bebas yang terkenal) pernah menyebut, beliau pernah diarahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk berhenti menegur perjuangan PAS yang dikatakan telah banyak terpesong daripada perjuangan yang sebenar.

6. Ustaz Kazim juga berkata, syarikat Aliassalam iaitu syarikat yang menerbitkan CD ceramah beliau pernah ditelefon oleh pihak tertentu untuk berhenti menerbitkan CD-CD ceramah Ustaz.

7. Arahan itu kata Ustaz Kazim dibuat setelah teguran beliau kepada PAS membuatkan imej PAS tercalar. Teguran itu juga dapat merencatkan perjuangan PAS yang selama ini dianggapkan suci dan tiada salah oleh ahli-ahlinya.

8. Apabila semua itu berlaku, PAS mula terasa tergugat dan mengarahkan Ustaz Kazim menghentikan ceramahnya. Hal ini juga berlaku kepada pemimpin PAS yang lain seperti Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa (isu perpaduan & bersama PM) dan Dr. Che Rosli Che Mat (wakil Rakyat PAS yang mengatakan projek Lynas tidak bahaya).

9. Semua daripada mereka menggunakan hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang. Tetapi apabila apa yang diperkatakan itu tidak memihak kepadanya pasti mereka menghalang daripada disebarkan.

10. Ke mana pergi hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan? Ke mana juga perginya pesanan Nabi, "katakan benar walaupun pahit?". Tidak mustahil jika ditakdirkan memerintah negara, Ustaz yang ditangkap JAWI itu pula menangkap musuh politiknya (BN) jika menggugat parti mereka.

11. Jangan berkata kepada orang lain jika kita melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Bila untung sokong, bila rugi dibuang parti.

0 comments:

Post a Comment