Wednesday 17 October 2012

Siapakah Selepas Nik Aziz?



1. Banyak pihak termasuk pihak PAS sendiri sudah mula bercakap tentang siapakah selepas Dato' Nik Aziz. Namun, ada pihak fanatik yang marah apabila perkara ini diperkatakan. Orang yang kuat marah adalah orang selalunya melekatkan stiker bergambar Nik Aziz di cermin kereta mereka.

2. Nik Aziz sezaman dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat. Tok Guru Nik Aziz mempunyai pengaruh daripada seluruh Malaysia yang dilihat sebagai ulama yang paling hebat di Malaysia, apa yang diperkatakan oleh beliau sangat jarang dipertikaikan dan ramai yang tidak berani membuka mulut untuk menegurnya (jika ada salah).

3. Apabila ada Ulama yang mempertikaikan apa yang disebutnya, pasti dan pasti ahli fanatik akan menggelar Ulama tersebut "Pencacai UMNO"! Cakap-cakap mulut dari seorang ke seorang yang mengatakan beliau Ulama Pewaris Anbia lebih menyebabkan beliau masih lagi releven sehingga sekarang. Siapa yang tak sayang Ulama'? Ulama' itukan pewaris Nabi.

4. Ramai yang masih menyokong PAS adalah disebabkan oleh Nik Aziz. Oleh kerana itulah PAS sangat 'menjaga' Nik Aziz bagi mengekalkan pengaruh PAS dalam masyarakat. Cuba kita perhatikan pemimpin PAS manakah yang begitu berpengaruh seperti Nik Aziz? Ustaz Hadi Awang pun belum tentu berpengaruh sepertinya. Mat Sabu? Wallaua'lam. Pertembungan golongan Ulama' dan Anwarinas dalam PAS memecah pengaruh kepimpinan mereka.

5. ADUN Gaal (Kelantan) menasihati Nik Aziz agar mengundurkan diri jika merasakan diri beliau sudah tidak larat untuk memimpin lagi. Kata ADUN itu lagi, jangan sampai tak larat baru mahu serah "Baton" kepada orang lain. Itu menunjukkan PAS memerlukan muka baru untuk memimpin negeri Kelantan.

6. Sejarah telah membuktikan Wan Mokhtar (Bekas MB Terengganu) dilingkupkan oleh orang UMNO sendiri oleh kerana degil tidak mahu berundur. Sudah lama memerintah, orang sudah muak dengan pentadbirannya dan akhirnya digulingkan. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi kepada pemimpin yang sudah lama memerintah Kelantan dengan lebih 20 tahun ini.

7. Mampukah ahli PAS bersuara? Atau mereka masih lagi "Sami'na Waato'na" kepada pemimpin mereka?

8. Sedegil-degil Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu mengundurkan diri, jangan dilupa manusia tidak akan hidup selama-lamanya.

EY : Pembangkang dok gasak Tun M. Mereka lupa Tun M dah tak bertanding lagi dah.. Mungkin mereka masih takut dengan pengaruh Tun M kot..