Wednesday 29 August 2012

Fenomena Artis Bertudung & Ustazah Segera



1. Jika kita lihat di dada-dada akhbar, semakin ramai dari golongan artis sudah berhijrah ke arah agama. Alhamdulillah.

2. Yang lelaki daripada rambut berwarna sudah bertukar kepada jubah dan serban. Yang wanita pula, daripada berpakaian seksi dan freehair, sudah bertudung litup bergaya muslimah.

3. Fenomena ini sangat baik kerana artis adalah medium yang boleh mempengaruhi masyarakat untuk berubah.

4. Jika dulu para peminat asyik meniru fesyen artis yang seksi, sekarang sudah ramai peminat meniru perubahan yang dibuat oleh artis pujaan mereka iaitu ke arah kebaikkan.

5. Namun, saya sangat tidak selesa dengan perubahan yang dikaitkan dengan politik.
6. Baru 2 atau 3 hari pakai tudung sudah boleh berceramah di atas pentas menghentam orang lain. Itu salah dan ini salah.

7. Bagi saya, individu yang mahu berubah jangan memilih cara berpolitik. Ditambah pula baru sahaja menukar penampilan, sudah diberi ruang berceramah tentang agama sebaris dengan penceramah yang lama. 

8. Siapakah dia yang mahu bercakap tentang agama secara mendalam? Ilmu pun masih kurang sudah boleh berceramah dan menghentam orang lain.

9. Dikhuatiri iman yang mula timbul di dalam dada itu bertukar menjadi dendam dan mencetuskan permusuhan sesama Islam. Jika bermusuh, ke mana perginya nilai keimanan itu?

10. Pendakwah yang baik bukan menyalahkan orang lain, contohilah kumpulan Al Mawlid (bekas VE & Ruffedge) yang berdakwah secara berhemah dan tidak mengutuk orang lain. Hasilnya dengan izin Allah ramai rakan-rakan artis mula minat dengan agama.

11. Seharusnya golongan artis yang berhijrah ini lebih memahami kehidupan yang lalu. Syukurlah kamu diberi hidayah oleh Allah dan jangan mencaci sesuka hati kepada golongan yang masih belum diberi hidayah. Siapa yang tidak melenting kamu mencaci golongan yang kamu sendiri berada dalam golongan itu 2 3 hari yang lepas? Mengapa tidak menasihati mereka?

12. Artis mempunyai pengaruh yang besar. Tidak mustahil parti politik menggunakan populariti ini untuk berkempen, timbullah Ustazah Segera. 13. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam harus bergembira dengan perubahan yang baik. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.

0 comments:

Post a Comment