"Mereka sekarang dah sokong Islam. Buktinya mereka nak bergabung dengan kita dalam pilihanraya", kata seorang teman kepada saya satu ketika dahulu.
"Mereka kalau jumpa kita peluk kita. Memang macam sahabat. Mereka dah sokong Islam!", tambahnya lagi.
Saya berasa keliru, hanya kerana mereka mahu bergabung dengan kamu, kamu kata mereka terima Islam? Saya rasa istilah 'agama' itu patut diubah kerana agama bukan hak eksklusif mana-mana parti. Ubahlah kepada, mereka bergabung dengan parti kita kerana mereka mahu kongsi kuasa dengan kita, itu lebih baik.
Bayangkan, jika mereka bergerak dengan parti mereka sahaja, adakah mereka mampu untuk membentuk kerajaan? Adakah benar mereka mahu terima Islam atau menumpang kuasa dengan anda?
Lumrah alam di dunia ini, setiap orang akan buat baik dengan kita apabila mereka nak sesuatu daripada kita. Tidak mustahillah mereka berbaik-baik dengan kamu hanya kerana mahukan kuasa. Guna ilmu logik, ada ke seseorang yang mahukan sesuatu dari kamu tetapi kamu dimaki-maki olehnya?
Sejarah telah membuktikan bahawa lakonan memihak kepada Islam telah berjaya dipertontonkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada tahun 60-an dahulu. Dahulu, semasa mahu berkempen untuk mendapatkan sokongan Melayu, Lee Kuan Yew memakai songkok ketika berjumpa dengan orang Melayu.
Pastinya ketika itu orang Melayu akan berkata yang Lee Kuan Yew telah menyokong Islam dan orang Melayu. Bukankah selepas itu People Action Party (PAP) menang di Singapura dan membawa negara itu keluar dari Malaysia? Dan juga orang Melayu hilang kuasa di Singapura dan menjadi golongan minoriti di sana?
Sangat hebat lakonan itu dan sejarah akan berulang kembali. Kepada yang kurang minat dengan sejarah, mesti tidak akan tahu tentang kisah ini.
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Ali Imran, ayat 28). . "Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Mumtahanah, ayat 9).Islam pasti akan menang akhirnya di akhir zaman, kita tidak perlu takut jika tewas pada hari ini. Jika mahu menegur sesuatu yang salah kepada pemimpin, tegurlah dengan cara berhikmah dan bukannya berceramah memaki hamun.
Saya pasti, ramai ahli PAS yang tidak bersetuju dengan saya. Maaf, ini adalah sekadar pendapat dari saya yang suaranya sangat kecik jika hendak dibandingkan dengan ahli politik yang hebat. Jangan pula diputuskan hubungan sesama Islam kerana kita adalah bersaudara. Maafkan saya kerana berbicara hal yang bertentangan dengan cara kamu berjuang. Wallahua'alam.
PEJUANG AGAMA PERLU BERAKHLAK MULIA
0 comments:
Post a Comment