Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

Bila Bangsamu Dipijak-Pijak



1. Melayu Mudah Lupa.

2. Malam 30 Ogos 55 tahun yang lalu, Tunku Abdul Rahman bersama rakyat Tanah Melayu berkumpul di Dataran Merdeka bagi meraikan Tanah Melayu yang bebas daripada cengkaman penjajah.

3. Di malam itu juga laungan Merdeka kedengaran tanda kesyukuran dan kebebasan. Jika kita berada ketika itu, pastinya air mata kita bercucuran tanda syukur atas nikmat yang dikecapi apabila melihat bendera Malaysia dikibarkan di Dataran Merdeka.

4. Semenjak dari itu, bangsa Malaysia sedikit demi sedikit mendapat kesenangan hidup. Jika tiada kenderaan sudah berkenderaan. Dari belajar kampung sudah dihantar belajar ke Luar Negeri. Subsidi demi subsidi. Semuanya mewah dan tidak kebulur.

5. Benarlah kata orang, kita ini apabila senang sudah lupa dengan kesusahan lalu. Bangsa Melayu sudah selesa dan mula lupa diri. Minta itu dan ini. Lupa dengan apa yang dimilikinya.

6. 55 tahun selepas peristiwa laungan Merdeka itu, ada sekumpulan manusia yang lahir daripada keturunan manusia yang menyaksikan peristiwa keramat Merdeka itu sudah mula naik tocang. Mereka sudah berani untuk mempertikai apa yang dibuat oleh orang-orang yang terdahulu.

7. Bendera juga hendak ditukar, katanya bendera Malaysia yang digunakan sekarang adalah tinggalan penjajah dan parti UMNO! Oleh itu mereka mahu menukarnya kepada bendera SANG SAKA MALAYA yang dikatakan bendera pusaka pejuang-pejuang mereka yang lalu.

8. Jika bendera pun sudah berani dipertikai, tidak mustahil tidak lama lagi undang-undang juga akan ditukar. Ketika itu tiada lagi perjuangan Hudud, tetapi penukaran perlembagaan menjadi matlamat utama. Agama rasmi disamatarafkan, bahasa ditinggalkan. Hilanglah bangsa Melayu yang gagah itu dan tinggalkan Melayu yang LAYU!

9. Tidak berasa apa-apakah wahai Melayu yang melihat pemimpinmu dipijak-pijak dan diberakkan? Oh! Mungkin itu bukan pemimpin kamu kerana kamu tidak memihak kepadanya? Berapa ramai orang Melayu yang menjadi tali barut Jepun dahulu melihat bangsa sendiri dipancung dirogol? Adakah kamu seperti tali barut itu? Keturunan tali barut tetap ada sampai bila-bila yang sanggup melihat bangsanya dipijak dihina!

10. Melayu Sudah Lupa. Bila bangsamu tersungkur baru mahu bersatu. Menyesal tidak sudah ketika itu! Jangan dibiarkan nasi menjadi bubur wahai saudaraku. Mahukah saudara bersekongkol dengan pergerakan yang mempunyai agenda yang tersirat ini? Di luarnya nampak berdemokrasi, nampak bersih, nampak telus, nampak alim. Tapi hakikatnya?

11. Orang putih kata setiap saat seorang Bodoh akan dilahirkan. Mungkin ada benarnya pepatah itu. Jangan jadi Bodoh untuk mengikut membuta tuli tanpa berfikir!

Wallaua'lam.

Friday, 31 August 2012

BERSIH Yang Membersihkan?



1. Pembangkang kata Pilihanraya di Malaysia berat sebelah. Terlalu banyak pengundi hantu katanya. Kerana itulah mereka adakan BERSIH bagi menuntut pilihanraya yang telus dari kerajaan.

2. Banyak yang SPR buat untuk menjadikan Pilihanraya bersih daripada 'kekotoran'. Peti undi yang lut sinar, penggunaan dakwat kekal banyak memberi ketelusan. Tapi mereka masih tidak puas hati lagi dengan perubahan itu.

3. Bagi saya, penubuhan BERSIH hanya mahu mencetuskan kekecohan khas untuk menjatuhkan maruah kerajaan. Mereka mahu orang luar melihat 'kebangkitan' rakyat Malaysia untuk menentang kerajaan. Bukankah rusuhan atau demonstrasi itu besar impaknya dan dapat meraih simpati masyarakat antarabangsa? Mereka mahu katakan "kami dizalimi kerajaan dan minta pertolongan anda!".

4. Jika Pilihanraya berat sebelah dan dikawal kerajaan, mengapa BN membiarkan Parlimen Permatang Pauh terus dimenangi oleh DS Anwar Ibrahim? Bukankah Anwar adalah musuh ketat BN? Mengapa kerajaan tidak mengagalkan kemenangan Anwar itu?

5. Jika Pilihanraya berat sebelah, mengapa Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kini BN) boleh jatuh ke tangan pembangkang? Dan Kelantan masih dapat dikuasai oleh PAS. Kalau kerajaan berat sebelah, dah lama PAS tersungkur di Kelantan 'disebabkan pengundi hantu yang keluar dari gua itu'. Mereka boleh menang dalam pilihanraya, adakah itu berat sebelah.

6. Jawapannya satu, selagi belum menang, pilihanraya tetap tidak adil bagi mereka. Sama juga hal di mahkamah, jika mereka kalah dikatanya UMNO bayar Hakim. Jika menang, 'inilah mahkamah yang paling adil di dunia!".

7. Mereka kurang isu. Kerajaan banyak memberi kemudahan dan subsidi kepada rakyat, sehinggakan yuran pengajian universiti orang pembangkang pun kerajaan tanggung. Belum lagi disebut petrol bersubsidi yang mereka isi ke tangki kereta untuk pergi berkempen menjatuhkan kerajaan.

8. Apabila tiada isu untuk dipertikaikan, mereka akan bangkitkan sentimen membenci kerajaan di kalangan rakyat. Sifirnya mudah, kalau orang dah benci, bagi sedekah pun dikatakan berjudi. Sentimen kebencian itulah menjadi senjata utama pembangkang menjatuhkan kerajaan. Kerana sentimen kebencian itulah tertubuhnya BERSIH.

9. Orang yang menggunakan demonstrasi untuk menjatuhkan orang lain akan jatuh dengan cara orang lain pula menjatuhkannya dengan cara demonstrasi. Insyaallah.

Wallahua'lam.